Thursday, 2 February 2012

Rakan Karibku (UPDATED 2/2/2012)

Mentari pagi sudah tinggi di atas kepala.Murid-murid sekolah

Menengah Guangyang semuanya sedang tekun belajar di dalam kelas

masing-masing.’’Ring,Ring!.’’ kedengaran bunyi lonceng sekolah yang

menandakan waktu rehat.Kesemua murid-murid tidak sabar ke kantin.

Tanpa berlengah lagi,murid-murid bangkit dari tempat duduk mereka

dan tergesa-gesa untuk ke kantin.Suasana di sekolah menjadi riuh-rendah

dengan suara murid-murid di sana sini.Bunyi bising murid-murid di kantin

tidak terkawal.’’Aduh,sakitnya kaki aku!.’’jerit Amer kesakitan.Kelihatan

darah mengalir keluar dari lukanya itu.Luka Amer sangat parah hinggakan

kakinya menjadi capik lalu berdarah.Amer,rakan karibku terjatuh ke lantai

akibat ditolak secara tidak sengaja oleh murid sekelasnya yang bernama

Faris.

Aku memaparnya ke bilik guru.Cikgu Siti merawat luka di kaki Amer

itu.Amer terpaksa menahan pedih apabila Cikgu Siti membubuh ubat di

lukanya itu.Cikgu Siti terus membalut kaki Amer dan menghubungi

ibu-bapanya.Sejurus mendengar khabar tersebut,ibu-bapa Amer dirantai

kebimbangan.Namun,Cikgu Siti mengesyerkan ibu-bapa Amer bahawa lukanya sangat parah. 


Faris berasa kesal atas kesilapannya itu lalu meminta maaf kerana telah

menyebabkan Amer terluka.Persahabatan diantara mereka berdua terjalin

sejak kejadian itu.Semenjak hari itu Cikgu Siti memesan Muridnya agar

berhati-hati apabila di kantin..



lukanya itu sangat parah.

No comments:

Post a Comment